Tuesday, July 12, 2011

Antara Sebab Aku Jealous ngan Org Baru.


entry agak berat
selalu terlepas pandang oleh org automatik ni



bila banding dgn convert, asas ilmu kehidupan banyak kurangnya (benar hanya terhadap converts bukan kerna marriage). depa banyak mencari sebelum masuk. kita . . . lebih diterapkan terus kepada pengamalan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


[translation kurang lebih] - perkara kunci terhadap persoalan kenapa perlu percaya terhadap Islam adalah, . . . terdapatnya prinsip asas utama ciptaan Allah SWT di dunia ini. ada memanggilnya hukum fizik, hukum alam semulajadi serta berberapa lagi nama lain. cumanya ia semua adalah prinsp asas bagaimana Allah perjalankan alam ini.

sbagai conth :- prinsip aerodinamik (tuk org kejuruteraan xyah baca exp. ni), lift is created by difference of airflow between both sides of of wing's cross sectional area. daya angkat adalah berpunca dari geometri sayap tersebut, bukan sebab kuasa enjinnya. burung xdak enjin.

contoh dua :- prinsip Archimedes berkenaan sesaran air. daya apung bersamaan berat isipadu air tersesar. tak kira la berat mana Super Tanker tu pun boleh terapung sebab geometri gak.

" prinsip ini penting apabila kita berada didalam alam nya"

jika naik kapal terbang, tinggi 20000ft di udara, tetiba sayap patah . . . apa jadi? sah-sah mati bila jatuh. jika org gemuk terjun laut, hidupnya lebih lama walaupun dia tak tahu berenang.

"prinsip ini mempengaruhi hidup mati manusia itu sendiri"

tapi bila atas darat, prinsip tersebut langsung tak beri kesan langsung kalau pun ia tidak diketahui, atau sengaja tak ambil peduli.

alam nya = ??? or semua alam yang akan dilalui?

so alam sekarang/hidup, alam mati and alam pas mati (mayb gabung kot alam mati ngan pas mati). alam pas mati - teori yg ada;

   1. adanya alam pas mati.
   2. hayat yang lain, reincarnation dalam bentuk makhluk or manusia lain . . . cuma soul yang sama.
   3. xder paper - kehidupan berakhir dengan kematian, jadi mayat and hancur camtu jer.

tapi pencipta teori ni takder kredibiliti ke atas teori kematian sebab depa lepas mati x balik tuk cerita semula apa dah jadi, sebagai mengukuhkan teori tu sendiri. adapun yg lebih layak untuk bercerita tentang mati adalah

  THE ONE TO WHOM THERE IS NO DEATH - ALLAH HIMSELF

menurut yg lebih layak, prinsip hidup dan mati kurang lebih ada tiga - ada kehidupan lepas kematian, mati bukan penamat kehidupan and pengisian kehidupan sebelum mati mempengaruhi kehidupan lepas mati. ayat best nya - mati adalah masa untuk mengutip hasil tanaman ketika hidup.

urutan alam (mengikut pemahaman/pengetahuan semasa) - alam hidup berjasad (la ni) > alam kubur > alam pembangkitan untuk perbicaraan/penghisaban/pengadilan (atau pisah dua ni jd alam mahsyar [tunggu waktu tuk dinilai] and alam pembalasan). alam pembalasan adalah selamanya . . . lepas ia bermula and, setiap alam ada keadaannya yg tertentu bergantung amalan di alam hidup berjasad...

[prinsip ini (amalan hidup berjasad mempengaruhi kehidupan lepas mati) penting apabila kita berada di dalam alam nya (alam hidup berjasad)]. disaat akil baligh hingga nyawa di kerongkong, segalanya diambil kira.

sebab tu Islam perlu dipelajari, difahami sebagai persediaan untuk alam seterusnya. hidup penuh ganjaran yang dikehendaki bukan hidup penuh hukuman. semua akan mati, itu satu fakta yg x dapat dinafikan...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

kesimpulannya, jadi la budak baik

No comments:

Post a Comment